4 Cara Isteri Romantik Sambut Suami Pulang Kerja ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 21 March 2018

4 Cara Isteri Romantik Sambut Suami Pulang Kerja


Suami walaupun tak banyak karenahnya namun dalam hati kecil mereka, mereka juga ingin disambut dengan cara paling romantis dan paling menyenangkan.

Selain rumah bersih, penampilan si si isteri yang sedap mata memandang si isteri perlu tahu cara menyambut kepulangan suami dengan cara romantis, nak tahu bagaimana?

1. Senyuman manis
Senjata paling berkesan buat si isteri. Apabila anda menyambut suami dengan senyuman yang manis dan memikat, pasti hilang semua kepenatan suami seharian dipejabat.

2. Pamerkan simpati
Raikan suami dengan tunjuk rasa simpati kepadanya, 'Abang penat ya, sayang buatkan air ya'.. walaupun berbunyi seperti drama namun sebenarnya ia mudah memikat hati suami tambah sayang kepada anda.

3. Sediakan keperluannya
Jika kebiasaannya si suami balik dan mandi, sediakan lah pakaian selepas dia mandi ataupun tuala. Nak lagi romantik, ajaklah suami mandi sekali dan ambil masa belai suami ketika mandi.

4. Faham situasi
Jika anda nampak suami dalam keadaan yang tidak baik seperti (badmood atau sahaja ada perkara yang mengganggunya) berikan dia masa berehat dan tenangkan fikiran.Jangan melontarkan dengan pertanyaan yang boleh mengundang kepada pertengkaran. Peluk suami tanpa perlu kata apa-apa sebagai tanda rindu berjauhan.

Sebenarnya banyak lagi tips untuk menyambut suami namun ianya terpulang kepada usaha anda sebagai isteri untuk memenangi hati suami. Jadikan ia rutin agar ia bisa menjadi satu kebiasaan anda.

Sumber: Siraplimau 
Share:

0 comments:

Post a Comment