4 Petua Orang Lama Rawat Bisul, Cubalah Menjadi! ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 21 March 2018

4 Petua Orang Lama Rawat Bisul, Cubalah Menjadi!


Kali terakhir anda ditumbuhi bisul bila?

Bisul ni selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Ada beberapa petua orang lama anda boleh lakukan bila anda terkena bisul ni.

1. Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2. Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tempek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3. Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4. Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

Sumber: Petuakau

Share:

0 comments:

Post a Comment