Cara Gunakan Bunga Raya Putih Untuk Hilangkan Kelemumur ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 28 March 2018

Cara Gunakan Bunga Raya Putih Untuk Hilangkan Kelemumur


Bunga Raya memang tak asing lagi dengan anda, kan? Selain merupakan bunga kebangsaan, ia mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya untuk penjagaan diri. Jom kita lihat khasiat bunga raya putih ni..

Menghilangkan Kelemumur, Menghitamkan serta Mengilatkan Rambut

1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih yang masih lagi segar-bugar.
2. Ramas daun tadi hingga ia mengeluarkan lendir.
3. Kemudian, sapukan lendir tersebut pada keseluruhan bahagian rambut.
4. Biarkan ia serap sepenuhnya pada rambut dan kulit kepala anda ya.
5. Akhir sekali, bilas dan cuci rambut anda dengan menggunakan air bersih.

Mengurangkan Panas Badan

1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih. Jangan lupa, hanya pilih daun yang segar saja.
2. Ramaskan daun tadi dengan menambahkan sedikit air.
3. Kemudian, anda lap air ramasan daun tadi pada seluruh badan.
4. Jikalau tak larat nak lap seluruh badan, anda boleh demahkan saja air ramasan tersebut kat atas kepala.

Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda semua. Cubalah ya!

Sumber: petuasejagat

Share:

0 comments:

Post a Comment