Nak Hilangkan Lemak di Perut? Cuba 6 Cara Terbukti Berkesan Ini! ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 28 March 2018

Nak Hilangkan Lemak di Perut? Cuba 6 Cara Terbukti Berkesan Ini!


Majoriti rakyat Malaysia sebenarnya bukan gemuk tetapi ada masalah lemak perut. Ramai yang kurus tapi ternyata perut masing masing ke depan. Banyak faktor yang mendorong kepada masalah ini. Makanan antara punca utama.

1. Elak makanan/minuman bergula.
Diet jenis ini terbukti menunjukkan kesan yang lebih baik daripada diet kurang pengambilan makanan berlemak. Malah ia juga dicadangkan oleh badan-badan kesihatan di seluruh dunia.

2. Banyakkan pengambilan bahan-bahan protein semulajadi.
Perlunya kita untuk mengambil protein setiap hari adalah untuk memastikan sistem metabolisma kita berfungsi, memberi kita tenaga dan menstabilkan perjalanan darah di badan.

3. Ambil makanan berserat tinggi.
Ambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi. Ia membantu dalam penghadaman. Sistem penghadaman yang lancar akan menghasilkan tubuh yang sihat.

4. Lakukan senaman berbentuk kardio.
Senaman yang berasaskan cardio sangat membantu untuk menghilangkan lemak di perut dan lebih baik adalah seluruh badan kita.

5. Kira Kalori anda.
Ambil kira pemakanan seharian anda. Aturkan pemakanan anda mengikut kalori yang diperlukan seharian. (Anda boleh menghubungi eksekutif jualan kami untuk mengetahui jumlah kalori yang diperlukan anda dalam sehari).

6. Ambil suplemen bersesuaian dengan tubuh.
Ambil kira jenis makanan tambahan yang anda inginkan. Anda mungkin boleh mengambil fatburner untuk membantu dalam meningkatkan pembakaran lemak juga memberi tenaga anda. Ini kerana lazimnya makanan tambahan mempunyai bahan-bahan yang cukup utk membantu anda dalam proses pembakaran lemak. Dapatkan nasihat dari pakar sebelum mengambil jenis suplement yang anda mahukan.

Sumber: Kitabfitness

Share:

0 comments:

Post a Comment