Rasa Nak Demam? Cuba Buat Minuman Ini ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 28 March 2018

Rasa Nak Demam? Cuba Buat Minuman Ini


Badan rasa panas nak demam? Cuba anda buat jus oren selasih ni. Buah oren yang kaya dengan vitamin C berfungsi untuk meneingkatkan sistem imunisasi serta dapat mengatasi selesema. 

Pudina pula dapat melegakan keletihan badan dan selasih bertindak untuk memberi kedinginan pada tubuh bagi mengelakkan demam menjadi semakin teruk. Tidak perlu masukkan ais jika sudah mulai batuk dan sakit tekak.

Bahan bahan ialah..

2 biji buah oren| diambil jusnya sahaja
1 sudu makan selasih yang telah direndam
10 helai daun pudina
3 gelas air mineral
4 sudu makan gula pasir
Ais secukupnya

Senang je nak buat ni..

1. Masukkan jus oren ke dalam jag bersama air mineral dan gula.
2. Kacau rata sehingga gula larut.
3. Masukkan selasih, daun pudina dan ais. Kacau lagi.

Share:

0 comments:

Post a Comment