Baju Terkena Karat? Cuba je Petua Berkesan Ini ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 24 April 2018

Baju Terkena Karat? Cuba je Petua Berkesan Ini


Pernah tak semasa anda jemur baju di ampaian tetiba masa nak angkat tu dapati baju terkena kesan karat besi ampaian?

Haa.. saya nak kongsikan tips ni. Mesti lepas cuba petua ni segala kesan karat yang melekat kat pakaian anda semua terhapus dari pandangan. 

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

1. Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.

2. Kacau hingga sebati dan sapukan pada pakaian yang terkena karat.

3. Biarkan beberapa minit sebelum anda letakkan sabun.

4. Kemudian, berus seperti biasa.

Semoga bermanfaat!

Share:

0 comments:

Post a Comment