Batuk Berlarutan, Cuba Buat Petua Ini ~ Akak Terlajak Laris

Monday, 30 April 2018

Batuk Berlarutan, Cuba Buat Petua Ini


Perkongsian oleh Jes Tham, 

Saya nak kongsi petua ini dari pakar-pakar ubat China dan Taiwan. Jus ini untuk mengurangkan batuk yang berlarutan terutamanya. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. 

Cara-Cara

1. Potong bahagian atas dan bawah buah limau seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 

2. Letak secubit garam di bahagian atas buah limau dan sapu rata. Kalau boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum menyapukan garam di atasnya agar garam dapat meresep ke dalam buah tersebut dengan cepat. 

3. Kukus selama dua jam. Nak kurangkan masanya juga boleh tetapi jus yang dihasilkan tidak banyak.

Selesai mengukus, perah buah limau dan ambil air yang terkandung dalam loyang tersebut. Minum jus buah limau tersebut. Rasanya sedikit masin dan pahit ya.

Buat dan amalkan sehingga batuk anda berhenti.

Sama ada berkesan ataupun tidak, ia bergantung kepada badan setiap individu. 
Share:

0 comments:

Post a Comment