Bibir Kering? Cuba Buat 4 Tip Berkesan Ini ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 18 April 2018

Bibir Kering? Cuba Buat 4 Tip Berkesan Ini


Tips ini memang penting buat wanita yang mempunyai masalah bibir kering. Cara pemakaian lipstick yang betul bagi mereka yang berbibir kering ini memang mudah dan mujarab. 

Selamat mencuba tips ini ya.

1. Hilangkan Kulit Kering Pada Bibir

Pertama sekali anda perlu lembabkan dan hilangkan kekeringan pada bibir anda. 
Sapukan madu pada bibir anda dan biarkan ianya lebih kurang dalam 5 minit.
Lapkan madu tadi daripada bibir anda dengan gunakan kapas atau tisu.
Anda akan merasakan bibir anda lebih kenyal dan lebih lembut.

2. Letakkan foundation

Sapukan sedikit foundation pada bibir anda  supaya apabila anda memakai lipstick nanti ia akan nampak lebih rata. Anda jugayang mengalami bibir gelap, anda boleh menggunakan tips ini.

3. Lipbalm

Sapukan lipbalm 10 minit sebelum anda menggunakan lipstick. Ini dapat membantu supaya bibir anda nampak lebih lembab dan warna lipstick pada bibir anda tampak lebih melekat.

4. Warna lipstick

Seeloknya anda perlu elakkan menggunakan lipstick warna terang kerana ia akan menaikkan dan menonjolkan lagi garis-garis pecah pada bibir anda.

Share:

0 comments:

Post a Comment