Jangan Amalkan Tabiat Selalu Tahan Buang Air Besar, Bahaya! ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 24 April 2018

Jangan Amalkan Tabiat Selalu Tahan Buang Air Besar, Bahaya!


Semua orang di dunia ini pernah tahan diri dari buang air besar disebabkan beberapa keadaan seperti tiada tandas berdekatan, sedang memandu, toilet penuh, atau sedang membuat sesuatu yang penting! 

Baik ngaku cepat! tabiat tersebut tak wajar diamalkan kerana ianya bahaya!

Bila kita membuang air besar, itu bermakna kita menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh kita.

Jika kita membiarkan bahan buangan ini dlaam tubuh kita, ia akan berpotensi menjadi toksin dan racun kepada sistem tubuh kita.

Bila kita selalu tahan buang air besar, najis atau tahi akan menjadi keras dan boleh menyebabkan kita menghadapi sembelit, kekejangan dan mungkin menyebabkan usus tersumbat.

Seseorang itu biasanya akan membuang air besar dalam kadar 3, 4 hari sekali dan paling bagus sehari sekali.

Jika anda menghadapi masalah buang air besar, ini bermakna anda mungkin kurang minum air atau kurang makan makanan serat seperti sayuran dan bijirin selain daripada pemakanan tidak terkawal dan pengambilan ubat-ubatan yang tidak sesuai.

Semoga bermanfaat!

Sumber: ihealth
Share:

0 comments:

Post a Comment