Makan Sikit Tapi Berat Badan Naik? Ini 5 Mungkin Sebabnya ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 24 April 2018

Makan Sikit Tapi Berat Badan Naik? Ini 5 Mungkin Sebabnya


Sesetengah orang makan tak banyak tapi berat badan bertambah? Hairan kan? Tapi tahukah anda makanan bukan sahaja berat badan bertambah. Ada beberapa faktor ini mempengaruhinya..

1. Kurang Waktu Tidur

Anda selalu tidak cukup tidur ataupun selalu tidur sehingga awal pagi. Akibatnya perut anda akan mudah rasa lapar jika berjaga. Jika kita tidur secara automatik kita tidak kaan lapar dan hormon lepthin dan ghrelin dalam badan akan bekerja dengan baik. Jika tidak, maka lepthin dan ghrelin ini akan membuatkan kita rasa ingin makan sesuatu.

2. Makan Sikit Tapi Ambil Makanan Berkalori Tinggi

Makanan berkalori tinggi ini biasanya terkandung dalam makanan seperti junk food, kekacang dan bijirin. Contohnya anda cuma makan kacang sahaja tetapi sebenarnya kacang mengandungi kalori yang tinggi dan lebih daripada mencukupi untuk tubuh anda.

Makanan berkalori tinggi ini sesuai buat anda yang ingin melakukan aktiviti lasak ataupun bersukan sebab memberi tenaga tambahan di mana kalori itu akan terbakar sendiri di badan. Namun kalori yang tidak dibakar akan tersimpan dan akhirnya menjadi lemak yang menyebabkan kegemukan, perut buncit serta berat badan bertambah.

3. Terlalu Relaks atau Tidak Banyak Bergerak

Kalau kerja anda cuma makan, lepas tu duduk atau baring sahaja sepanjang masa, maka memang susah untuk anda menurunkan berat badan.

4. Stress

Anda selalu berasa stress yang tinggi dan selalu berasa tertekan. Jika anda dalam keadaan stress, maka horman dalam tubuh anda juga akan terganggu sehingga menyebabkan penumpuuan lemak pada bahagian perut anda. Selain itu, Stress juga cenderung untuk menjadikan anda cepat lapar.

5. Ada Penyakit Hipotiroidisme

Penyakit Hipotiroidisme ini berlaku apabila kalenjar tiroid kurang aktif dan tidak berfungsi dengan baik menyebabkannya gagal mengeluarkan hormon yang mencukupi ke saluran darah. Akibatnya proses metabolisme tubuh tidak lancar dan menyebabkan kesulitan untuk menurunkan berat badan.

Sekiranya anda sudahpun memenuhi 4 syarat dia atas iaitu, pemilihan makanan yang bagus, tidur yang cukup, tidak terlalu rilek dan tidak stress tapi berat badan masih juga tidak turun makan besar kemungkinan anda mempunyai penyakit Hipotiroidisme.

Penyakit ini boleh diubat dengan berjumpa dengan doktor.

Sumber: kesihatananda

Share:

0 comments:

Post a Comment