Nak Muka Glowing Tanpa Beli Produk Mahal, Cuba Amalkan Masker Ini ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 18 April 2018

Nak Muka Glowing Tanpa Beli Produk Mahal, Cuba Amalkan Masker Ini


Bagaimana buat muka glowing tanpa menggunakan sebarang produk kecantikan? Tahukah anda akan jawapannya? Sudah tentu gunakan bahan semulajadi yang sememangnya murah dan mudah di dapati. 

Tak perlu produk kosmetik kerana kebanyakan produk kosmetik mengandungi bahan kimia yang memang bahaya untuk kulit kita. Tips ini bukan sahaja memberikan glow pada wajah anda malah ia mampu mencerah dan menegangkan kulit muka anda.

Bahan Bahan

Betik

Cara Cara

1. Buangkan kulit betik. Lenyekkan dan kisarkan betik sehingga hancur.
2. Ambil betik yang telah dikisar tadi dan sapukan pada muka anda.
3. Biarkan ianya selama 20-30 minit pada muka anda.
4. Basuh muka anda dengan air suam atau air bersih.

Senang kan? Untuk pengetahuan semua, betik mengandungi vitamin A dan mampu membantu anda dalam menanggalkan sel kulit mati dan ia juga mampu merawak kulit bermsalah, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah liang roma yang besar atau terbuka. Selain titu betik juga mengandungi vitamin C dan E yang boleh membantu dalam memberi keremajaan pada kulit anda supaya sentiasa kelihatan muda.

Sumber: Petuaibuku

Share:

0 comments:

Post a Comment