Skrub Badan Untuk Buang Sel Kulit Mati & Segarkan Kulit ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 11 April 2018

Skrub Badan Untuk Buang Sel Kulit Mati & Segarkan Kulit


Kulit taned cantik asalkan kulitnya segar dan berkilat. Jangan kusam. Satu petua nak kongsikan kepada anda cara dengan skrub bahan bahan ini yang ada bahan antiseptik, buang sel kulit mati, segarkan kulit dan mengaktifkan limpatik.

Bahan bahan

Beras pulut
Ibu kunyit
Garam bukit
Minyak kelapa
Madu
Shower gel

Cara cara

1. Rendam beras pulut semalaman (tumbuk dengan halus bersama ibu kunyit). Ia mengandungi bahan anti-septic dan merawat kulit semujadi. 

2. Gaul dengan madu, minyak kelapa + shower gel + sikit garam bukit. (ia ada bahan semulajadi utk buang radikal bebas dan toksin pada kulit). Kalau nak letak sengkuang sikit pun boleh.

Scrub badan macam ni buat sebulan 3 kali. Lepas mandi terus sapu losyen badan atau minyak shea butter.

Amalkan cara ni tengok lepas 6 bulan. Mengancam kulit. Tapi jangan gosok pada muka sebab ianya kasar.

Sumber: Petuabonda

Share:

0 comments:

Post a Comment