4 Cara Orang Lama Hilangkan Kelemumur Dengan Mudah ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 2 May 2018

4 Cara Orang Lama Hilangkan Kelemumur Dengan Mudah


Semua orang menghadapi masalah kelemumur pada kulit kepala. Pelbagai petua menghilangkan kelemumur ditemui, termasuklah iklan-iklan syampu rambut yang menyatakan ianya mampu merawat masalah kelemumur.

Saya nak kongsikan kepada anda petua lama menghilangkan masalah kelemumur ni.

1. Ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberapa minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu. Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.

2. Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air. Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.

3. Ambil 10 biji belimbing buluh, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejenak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali lebat. 

4. Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu. Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.

Selamat mencuba!

Share:

0 comments:

Post a Comment