Kulit Menggelupas? 3 Cara Ini Sangat Baik Untuk Dicuba ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 3 May 2018

Kulit Menggelupas? 3 Cara Ini Sangat Baik Untuk Dicuba


Terdedah kepada sinaran UV secara terus menerus boleh menyebabkan kulit wajah menjadi sensitif. Keadaan ini akan semakin parah jika tidak menjalankan gaya hidup yang tidak sihat. Akibatnya kulit menjadi mudah mengelupas.

Ada cara organik yang boleh anda lakukan untuk mengatasi kulit wajah yang mengelupas mengikut sumber Boldsky. 


1. Madu

Caranya, campurkan madu dan air lemon dan sapukan pada kawasan wajah yang mengelupas dan biarkan lima hingga 10 minit lalu bersihkan wajah. 

2. Betik



Selain baik untuk pencernaan, buah ini juga boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang mengelupas. Caranya, ambil sedikit daging buah pepaya dan hancurkan. Seterusnya campur dengan madu pada kawasan wajah yang mengelupas dan diamkan selama beberapa minit lalu bilas. 

3. Pisang



Pisang boleh dijadikan pelembab organik untuk mengatasi kulit wajah yang mengelupas. Caranya, ambil isi buah pisang dan hancurkan secara halus.

Seterusnya sapukan pada kawasan wajah yang terkelupas dan diamkan selama beberapa minit lalu bilas hingga bersih.

Share:

0 comments:

Post a Comment