Nak Sotong Kekal Segar Sebelum Masak? Cuba Cara Mudah Ini ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 3 May 2018

Nak Sotong Kekal Segar Sebelum Masak? Cuba Cara Mudah Ini


Bila nak masak makanan laut ni, semestinya kita mahu yang segar dan tidak berbau kan? Ya lah, bila seafood tu sendiri dah tak segar, lembik, juadah masakan pun rasa jadi lain. 

1. Mula-mula, cuci sotong dengan air sehingga bersih. Boleh juga dipotong siap-siap.

2. Kemudian, petuanya letak gula sedikit, dalam 1 sudu, bergantung kepada jumlah sotong. Fungsi gula ini pula untuk memastikan sotong kekal segar. Mudah-mudahan apabila nak dimasak nanti, isinya akan tetap lembut.

3. Gaulkan sebati dan bolehlah disimpan ke dalam petia ais bahagian ‘freezer’. 

4. Sebelum memasak, cucikan semula sotong. Ia tidak akan menjejaskan rasa masakan.

Sumber: Puan Maslina Misnan  
Share:

0 comments:

Post a Comment